Ringkasan Psyche Oh! A Go Go

Buku ini ditulis oleh bekas wartawan muzik, Adly Syairi Ramly dan vokalis kumpulan The Times merangkap pemilik Sputnik Rekordz, Natazar "Naza" Mohamad dan diterbitkan oleh Obscura Malaysia. Ia dicetak dengan kulit keras oleh Vivar Printing dengan kod ISBN 978-967-16175-4-0, manakala rekabentuknya dihasilkan oleh Cultkids. Buku ini mengambil masa setahun untuk disiapkan, Naza berkata mengenai buku ini:

"Saya tidak mengharapkan apa-apa impak dari buku ini, cuma ingin berkongsi dengan masyarakat sebanyak mungkin mengenai kemeriahan muzik kita dahulu. Bila orang baca buku ini, saya harap mereka akan teroka sendiri muzik-muzik lama ini,".[1]

Bersama-sama dengan Adly, Naza telah menyenarai pendekkan 100 EP dan 7" single dari koleksi peribadi beliau. Untuk ini, Naza menjual kemeja-T vintaj miliknya bagi membiayai penerbitan buku ini.[4] Penularan pandemik COVID-19 dan perlaksanaan tempoh kuarantin seluruh negara memberi peluang kepada Naza dan Adly untuk merealisasikan idea untuk menerbitkan Psyche Oh! A Go Go.[5]

Psyche Oh! A Go Go merupakan himpunan khazanah muzik Malaysia dan Singapura yang telah kehilangan maklumat rasmi. Buku ini menghimpunkan profil 100 penyanyi dan kugiran Malaysia dan Singapura yang muncul dalam tempoh 10 tahun, termasuk Rudyn Al-Haj, Adnan Othman & The Wanderers, A. Halim & De' Fictions, Fatimah Ismail dan Rubiah Lubis.[6]

Rujukan

WikiPedia: Psyche Oh! A Go Go https://www.goodreads.com/book/show/54878245-psych... https://headtopics.com/my/psyche-oh-a-go-go-book-t... https://www.instagram.com/p/B_H7IYjhk8v/?hl=en https://www.nme.com/en_asia/features/psyche-oh-a-g... https://www.pressreader.com/malaysia/the-star-mala... https://www.thestar.com.my/lifestyle/culture/2020/... https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/08/31/... https://www.utusan.com.my/gaya/2020/09/khazanah-mu... https://www.thesundaily.my/style-life/entertainmen... https://www.isrbx.net/3137819219-va-psyche-oh-a-go...